Thursday 31 January 2013

TARIAN WEI DOI

sumber dari jkkn negeri kedah ::

di sini hanya nak berkongsi tentang tarian wei doi yang DMDG dapat dari sumber jkkn negeri kedah... ::

Tarian wei doi merupakan tarian istana yang dikatakan semasa zaman pemerintahan Raja Bersiong atau dikenali sebagai Ong Maha Prata. Dipercayai bahawa tarian ini ditarikan dalam majlis -- majlis rasmi di Istana Raja Bersiong yang terletak di Bukit Wang, Daerah Kubang Pasu. Semasa tahun 60' an, tarian ini pernah dipertontonkan dalam filem ' Raja Bersiong ' yang telah diterbitkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

kat sini DMDG ada lampirkan bersama link untuk melihat tarian wei doi yang ditarikan oleh kumpulan JKKN negeri kedah...pada INSPITARI 2011 rasenyerr..heeee...enjoyyy...xoxo ;)

TARIAN WEI DOI OLEH JKKN NEGERI KEDAH ;)

Saturday 19 January 2013

JUST NAK POST BEBERAPA ITEM YANG TERDAPAT DI DMDG ^__~

di DMDG kami ada beberapa baju tarian,aksesori dan brg2 lain yg berkenaan dengan tarian dan perkahwinan lah..di sini sikit sebanyak yerrrr....nnt kalau ade penambahan DMDG akan update di entry lain erh...xoxo ;)

















KELAS TARIAN DI ALOR SETAR BY DMDG

tiba2 DMDG timbul satu idea ingin membuat kelas tarian bagi negeri kedah especially di alor setar...sbb DMDG search di internet xbanyak yang kelas tarian di alor star..malahan ramai ibu bapa yang inginkan benda tu diadakan bagi mengajar anak2 mereka walaupun hanya asas.....skarang DMDG hanya nak membuat bancian lah....kalau banyak penyertaan mungkin DMDG akan mula mencari tempat dan membuat planning....kalau jadi mungkin DMDG akan mengajar semua asas tarian dan stu tarian bg setiap satu jenis tarian yg ada...mungkin inang,zapin,joget dan etnik....bg yg nk etnik mungkin DMDG akan mengajar etnik kedah (mek mulung , cinta sayang).....dan mungkin akan diadakan sudut utk org yg nak ambil gambar berpakaian tarian....kami akan mekap dan lengkap pakaian serta aksesori...gambar kan kami cetak dan beri kepada pelanggan :) kalau jadi kelas ni....akan dikenakan bayaran dan makanan disediakan :) xoxo...so sesiapa yang mempunyai pertanyaan boleh hubungi dai di 012-5938151 :)

Thursday 17 January 2013

LIRIK LAGU BERTABIK ( MEK MULUNG )


MEK MULUNG (BERTABIK)

heyy tak leh qalit
amboi didagang laa ehhhhh
duk bilang tak boleh ralit
amboi di dagang la ehhhhh
dok bilang mengamboi lagi
duk bilang bertambah la ehhh
yang banyak lah amboi lagi
duk bilang bertambah ehhh
yang banyak mengamboi baik
dengan cek bersiap lah ehhh
bersimpan mengamboi baik
dengan cek bersiap la ehhh
dengan cek bersiap lah ehhh
bersimpan mengamboi ambik duk sisiaq
cek sisiaq lah ehhh
bersurai lah amboi ambik dah sisiaq
cek sisisq la ehhh
bersurai mengamboi sisiaq
bersurai mengamboi la ehhhh
dia lipat lah amboi sisiaq
bersurai cek sanggui la ehhhh
yang lipat dah mengamboi tujuhdah lipat sembilan lah ehhh
yang mulai dah amboi tujuh dah lipat sembilan
yang mulai mengamboi anak dah rambut disunting lah ehhhh
bebelai lah amboi anak dah rambut disunting lah ehhhhhhh
bebelai lah amboi ekoq dah pipit dikerah lah ehhhh
berjuntai mengamboi ambik dah bedak cek tulung lah ehhhh


P/S ~ LIRIK LAGU BERTABIK MEMPUNYAI PELBAGAI VERSI ATAU PENAMBAHAN MENIKUT PANJANG SESUATU LAGU YANG TELAH DIOLAH....SO SELAMAT BERTABIK* ^_~ XOXO...

MAKE UP BY DAI MASASHI

DISINI DAI ADA UPLOADKAN PICTURE2 PELANGGAN YANG TELAH DAI MAKE-UPKAN....ANY QUESTION U OLLZ CAN COMMENT OR JUZ EMAIL US....XOXO....DMDG ;)




MAKE UP UNTUK MAJLIS AKAD NIKAH



MAKE-UP FOR WEDDING


MAKE UP FOR HANIZARA COLLECTION


AL-KISAH MEK MULUNG PUTERI CAHAYA BULAN


Mek Mulung Cahaya Bulan mengisahkan Cahaya Bulan Raja Negeri Selindungan Bulan yang mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara yang rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah Benua Pakkian.
Raja Gergasi berharap sekiranya beliau dapat menguasai dan menakluki Puteri Nang Mara, ini  bermakna beliau berjaya meluaskan kuasa pemerintahannya tanpa ada saingan kerana selama ini Puteri Nang Mara merupakanpenghalang utama kejayaannya.
Raja Cahaya Bulan menitahkan agar seluruh rakyat berjaga selama 7 hari 7 malam bagi menggagalkan niat jahat Raja Gergasi. Raja Gergasi bersama pengasuhnya Amat dan Sena berjaya memasuki pintu kota Selindungan Bulan apabila semua rakyat tertidur hasil permainan sakti Raja Gergasi. Mimpi Puteri Nang Mara menjadi kenyataan apabila Cahaya Bulan dibunuh dengan panah. Sena dan Amat ditugaskan memujuk dan membawa Puteri Nang Mara ke Benua Pakkian.
Raja Cahaya Bulan yang dihanyutkan ke sungai dijumpai oleh Epong dan Edeng. Mereka merawat Raja Cahaya Bulan dengan air mawar sehingga berjaya memulihkan kembali kecederaan baginda.
Di Benua Pakkian, Puteri Nang Mara diseksa kerana enggan berkahwin dengan Raja Gergasi. Cahaya Bulan Berjaya menyelamatkan Puteri Nang Mara.
diketuai puteri nang mara dan diikuti dayang2 cik mulung
next entry DMDG akan cuba post lirik lagu bertabik yeahh...xoxo :)
Cute Pink Flying Butterfly